
Hari tu, aku sembang-sembang dengan seorang budak perempuan berumur 16 tahun dan baru baru berkahwin dua bulan, Samsiah (bukan nama sebenar). Samsiah ni belajar sampai darjah enam, pastu tak sambung belajar. Taktahulah desakan hidup ataupun dia memang tak berminat nak sambung belajar. Tetapi majoriti adik-beradiknya memang tak belajar habes sampai tingkatan lima. Oh ye, adik beradik dia ramai sampaikan kadang-kadang aku terkonpius, mana satu adik dia mana satu anak sedara dia. Kecik-kecik je semua.
Sedang borak-borak tu, aku ditanya dengan satu soklan yang cukup cukup cukup sentapp.
"Mu pernah buat seks?"
Dush! Ada ke patut ditanya soklan sebegini kepada seorang gadis sunti yang masih belum berkahwin. gulp.
Yang buat aku terkesima, bayangkan budak belasan tahun tanya soklan begitu dan dia boleh tanya soklan begitu secara open. Tanpa rasa segan silu, sambil gelak ketawa. Seolah-olah pertanyaan dia tadi lebih kurang, Kau dah makan? huh!
Aku sendiri pun, nak menyebut perkatan seks di depan orang pun terasa sangat sangat malu. Ni nasib baik aku menaip je, tak rela kot untuk menyebutnya.
Ikutkan hati, nak je aku tanya soklan balas. Yelah dia dah tanya begitu kat aku, aku pun teringin gak nak tahu. Pernah ke dia buat seks sebelum kahwin. Boleh buat survey nanti. Tapi tulah, tak terkeluar soklan tu dari mulut aku. Rasa tak sanggup nak tanya, walaupun dalam hati membuak-buak nak tahu. Ahh..last last aku fikir, lantaklah dia, apa-apa pun dia dah selamat kahwin pun kan.
Memang menakutkan, bila dia boleh jadikan soklan 'pernah buat seks' tu sebagai soklan biasa tanpa sebarang rasa.
Tu kisah hari tu, kisah semalam pulak..dia beritahu aku, dia ada video bogel seorang budak perempuan yang aku agak kenal tapi gitu gitu. Tak rapat pun, just kenal nama, kenal orangnya. Mula-mula aku tak percaya tapi kemudian dia excited tunjuk video tu melalui phone dia. Ok, dia siap buat koleksi dalam phone dia lagi..=.=' Budak belasan tahun, perempuan, simpan koleksi videao lucah dalm phone.
Aku pun tengok la, hanya sekadar untuk memastikan betul ke perempuan. Ok, aku hanya mampu tengok 5 saat je, geli kottttttttt. Tak sanggup aku nak terus tonton. eiii. Sah memang perempuan tu, separuh bogel bersama seorang lelaki. ermm..
Saat tu, aku rasa...eh bod** nya perempuan tu. Dah lah buat perkara sumbang pastu boleh pulak biarkan si lelaki tu rakam aktiviti tidak bermoral tu. Tak terfikir ke, sekiranya rakaman tu tersebar satu kampung, satu negara, satau dunia. Kemudian, mak ayah dia tengok. Tak rasa malu ker? Diri sendiri pun tak rasa malu ke, kalo kawan-kawan tengok video maut dia...oh.
Ok, aku tahu isu ni dah lama pun. Isu rakam video lucah ni dah lama. Sebelum ni, aku just biasa-biasa, yelah tak kenal si aktor aktress tu tapi bila menda tu berlaku depan mata aku dan si aktress tu aku kenal. Rasa macam...hurmmm....speechless.
Dalam hal begini, siapa yang harus disalahkan? Diri sendiri? Keluarga? Kawan-kawan? Masyarakat? atau Perkembangan Teknologi?
Tapi bagi aku, keluarga sangat sangat memainkan peranan penting dalam memantau aktiviti anak-anak, memastikan anak-anak dalam ilmu yang cukup dari segi ilmu akademik dan agama. Diri sendiri pun haruslah bijak membuat keputusan, jangan disebabkan cinta, sanggup gadai badan. Serahkan badan untuk orang tersayang. Orang tersayang tu kalo suami takpe, ni belum tentu jadi suami ke tak.
disebabkan menda-menda macam nilah, bertimbun bayi bayi dibuang setiap hari.
hurm...moga kita terhindar daripada perkara-perkara begini. Sentiasalah ingat Allah Swt & keluarga, jangan biarkan nafsu & syaitan menguasai diri.
Kata hati LEA: Masih terkejut dengan insiden semalam. Kesian aku kat mak ayah budak perempuan tu. Sungguh, remaja sekarang sangat menakutkan......



33 org yg suke mengomen:
serammm soalan dia..
dulu chemay pon ada kenalan yang video seks dia tersebar.
tak kenal sangat pon girl tu.
just tau nama.
orang kata video tu mmg dia.
tapi chemay takut nak tengok.
kesian pon ada.
so biarkan je la video tu tak bertengok.
*tetiba rasa rugi pulak bila tak tengok. harharhar
skang mmg remaja kian menakutkan...
budak2 zaman sekarang lea..memang camtu.sabar jelah.hehe
chemay
cehhh.boleh pulak rasa nyesal eh?
ha ha ha hampeh. keh3
ni yg buat takut anak2 kita..adik2 kita mcm mana sebenarnya...depan kita duk elok2 je..kalo belakang kita..wallahualam...nauzubillah...
skng ni mcm2 kak lea
budak2 lagi up dari kite2..seram -.-
pergh..buat koleksi kot?
nauzubillah.moga mereka cpt sedar dan berubah.
Itulah kebebasan bersuara dan human right...
Maka terjadilah seperti itu..
huhu. soalan mengerikan. well, pompuan sekarang makin murah. bila hedonisme jadi makanan, macam tu la. memang shocked lea kenal gurl dalam video tu. masya-Allah. nauzubillah.
memang itulah realiti remaja melayu sekarang. sedih bila pikir
harap2 anak2 kita nanti jadi anak y soleh n solehah
perhhh.. ada jugak perempuan simpan bende tu.. (-.-')
gua harap dia tak cantik.
kim heeruul
hahaha. no komen.
kenal? pastu tu dia tyang video dia?? erk...gila ke apa
haha...bdk ni ke yg ajar mkn nenes kalo takot ngadung tu??
justin lover
yang tu, yang lain la
yang tu kawan sepupu aku
huhu
haha. skang buak2 pompan pon ade buat koleksi video la.. mmber2 ramai kot cmtu. haha.. lawak pon ade. tp mmg tak ptt lah dia tanya cmtu.. ish..
o'my she's about the same age as me! why would that girl asking you such a question? adeh. we should do everything we can to avoid that bad thing come to our lives. yang paling penting adalah, jaga diri hiasi peribadi!
erk... glup glup!
apakah motif sebenar soalan itu?
astaghfirullah~
fuyoo. giler berani budak kecik tu. kalau aku pon malu nak tanya cenggitu. =_=
semua pihak ada tanggungjawab masing2 kan. :))
huhu masa skolah dlu pon ada jgk bdk skolah yg sis knl tp kelas lain pon rakam adegan hot huhu tk fikir panjang , masa tu mmg lah sedap nt dh mengandung baru lah tau langit tinggi ke rendah
tak terkata..
astaga. series teruk dah ni :0
budak-budak dah macam ni. menakutkan betul.
arghhh bongok nyebdk. org soh gi skool dia romen2 plak arghhhh
sebenarnya kalau hukum undang2 mengikut hukum ISLAM sebenar, pasti manusia2 kat Malaysia ni tak berani nak melakukan perkara2 macam ni.. apatah lagi budak2 sekolah zaman sekarang memang sangat2 menakutkan.. sebab dorang tak takut pada undang2 negara ni yang terlalu ringan..
sungguh..
budak2 zaman skrg nih sgt menggerunkan..
ntahla..dulu masa kat skolah skl jadi pengawas kes2 macam nih byk ada
dan yg pling sentap bila ank2 jadik macam tuh boleh mak ayah buat xtaw ja..
serah 100% pada pihak skolah nak buat apa..=_=
diri sendiri la, tp kan rmaja skg mmg dah makin melampau kan. .adeh!! malu tol
???.. memang tak terkata pun lea...terkejut.
bagi aku isu begini byk pihak yang berkaitan.mmg pendidikan agam tp pembentukkan sahsiah diri pun penting.siapa kita nak salahkan kalau mak ayah dah cukup bg pendidikan agama tp yg empunya diri sendiri yg nak jadi 'advance'?
nauzubillah. jauhkan la dari generasi kita. kini dan akan datang.
Lek je Tanya soklan macam tu.. Gila punya budak.. Dah namnya kurang didikan mcm tu la jadinya.. Serius rakam dan buat koleksi VD Lucah!? Apa dah jadi dgn budak2 sekarang.. Matila kalau macam ni.. Padanla banyk kes2 maksiat...
Post a Comment